Tanda-Tanda Si Dia Tidak Setia

Dalam perhubungan sama ada yang sudah berkahwin ataupun yang mempunya kekasih hati, pastinya ada sahaja permasalahan yang timbul tentang kesetiaan dan kepercayaan. Kedua-dua ini adalah aspek yang paling penting dalam perhubungan agar ianya berkekalan.

Tidak kira perempuan atau lelaki, kedua-duanya memainkan peranan dalam aspek setia dan percaya dalam perhubungan. Tiada kata yang lelaki sahaja yang perlu menunjukkan sikap setia itu tidak pula perempuan. Perempuan juga mestilah setia dan taat kepada kekasih apatah lagi yang sudah berkahwin.

Namun, pastinya ada yang boleh merosakkan perhubungan atau rumahtangga yang telah termeterai. Ianya boleh dilihat dari cara-cara dan sikap si dia. EH! berkongsi tanda-tanda jika si dia tidak setia dalam perhubungan kalian.

1. Jarang berhubung
Jika si dia sudah mula menunjukkan sifat tidak endah kepada anda, apatah lagi untuk menjenguk anda tatkala ditimpa sakit, cuba bertanya khabar atau berbincang.

2. Suka mengelak dari berjumpa
Apabila si dia asyik mengelak dari berjumpa dengan anda, cuba bertanya pada si dia kenapa dan jika sudah banyak kali diberinya seribu satu alasan, sudah patut anda perbincangkan tentang status perhubungan kalian.

3. Pantang bila melihat anda menyentuh telefon bimbitnya
Tanda-tanda paling ketara si dia mempunyai orang lain adalah apabila anda mungkin berniat hanya untuk melihat telefonnya atau bermain game dan disaat itu juga anda dimarahinya tanpa sebab yang munasabah. Takkanlah sudah lama bersama sebelum ini tidak pernah pula dimarahinya tatkala melihat telefon bimbitnya secara tiba-tiba dimarah tidak tentu pasal.

4. Cara si dia menghantar mesej atau Whatsapp kepada anda aneh dan tidak seperti sebelumnya
Mungkin ini juga satu petanda di mana si dia sudah mula melayan anda dengan mesej yang sangat ringkas dan asyik memberi alasan sedang berbuat kerja walaupun pada waktu tengah malam atau hari cuti.

5. Minta break tanpa sebab
Tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Pastinya ada udang di sebalik batu. Padahal berhubung juga semakin berkurang, bila berhubung ada saja alasannya untuk mengelak, bila di ajak berjumpa ada sahaja 1,001 alasan, dan secara tiba-tiba meminta break dengan perhubungan anda dengan sebab yang tidak munasabah, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan si dia.

0 Response to "Tanda-Tanda Si Dia Tidak Setia"

Post a Comment