Airmata Fynn Jamal

As salam
Malam tadi kerana ingin menemankan anak yang cerah matanya sehingga jam 11 malam, Ibu berkesempatan mengikuti siaran lansung separuh akhir muzik- muzik di TV3. 6 lagu yang pertama Ibu tidak fokus lansung kerana sedang merangka jadual belajar untuk Muhammad Iman.
Namun apabila tiba giliran Fynn Jamal Ibu memaksa mata untuk melihat tv kerana ingin mengenali siapakah Fynn Jamal ini yang telah membangkitkan kemarahan ramai ibu- ibu diluar sana dengan sikap keterbukaannya dalam menceritakan kepada umum status anak angkatnya.

Lirik Arjuna Beta

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
Indahnya lirik lagu ini kan? Kita lupakan kisah status si Arjuna itu, kerana yang berlalu biarlah berlalu. Jangan diungkitkan kembali dan Ibu yakin Fynn Jamal mempunyai alasan tersendiri kenapa dia bertindak demikian. Hanya Allah, kaum keluarga dan sahabatnya yang mungkin memahami kenapa dia bertindak begitu.
Kita bukanlah siapa- siapa untuk menghukum atau menghentam penyanyi dan pengubah lagu berbakat ini. Berbalik pada separuh akhir tadi, diakhir lagu arjuna beta, airmata Ibu menitis jua. Entah kenapa Ibu terus memeluk si Iman yang telah tidur di sisi Ibu.
Adiknya Ikhwan masih lagi bermain ‘kejuruteraan’ dengan membaiki basikal mininya. Ya Allah, lagu ini serta persembahan Fynn membuatkan Ibu merasa rindu yang teramat sangat pada anak- anak Ibu. Walaupun mereka hanya sedang tidur dan bermain ketika itu.

Benarlah naluri seorang Ibu. Jika apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita akan mudah tersentuh. Begitu juga dengan lirik arjuna beta, sang ibu sanggup berbuat apa sahaja demi anak walaupun beribut tidak akan berganjak, tidak akan biarkan tidur si anak terganggu dengan gangguan yang datang silih berganti.
Lirik ini membuatkan Ibu sangat merindui arwah mak Ibu yang sudah hampir 4 tahun meninggal dunia. Yang paling menyentuh perasaan dalam lirik lagu Fynn Jamal ini ialah pesanan buat anaknya. Si anak perlu bersedia jika ibu pergi dahulu dijemput Ilahi.
Bersedia mengharungi suka duka di dunia yang sementara ini, pilih lah jalan yang penuh onak duri agar si anak tahu erti hidup dan bertabahlah wahai si anak jika si ibu tiada di sisi. Seperti sedia maklum si arjuna iaitu anak angkat penyanyi ini mengidap penyakit jantung berlubang dan telah menjalani pembedahan dengan permohonan bantuan daripada orang ramai.
Tabahnya hati seorang ibu walaupun anak yang dibela, yang diambil semenjak umurnya sehari disahkan mengidap penyakit jantung dari kecil. Melalui lagu ini, Ibu dapat rasakan betapa sukarnya konflik dalaman yang dihadapi Fynn. Jika boleh penyakit itu biarlah si ibu yang tanggung.
Statusnya sebagai celebriti tidak dihiraukan ketika memohon bantuan untuk anaknya yang memerlukan kos pembedahan. Tiada lagi keraguan untuk memohon pertolongan kerana si kecik arjuna perlukan pembedahan segera demi menyelamatkan nyawa.
Ibu sememangnya sangat kagum dengan ketabahan hati ibu- ibu diluar sana yang anaknya mengidap penyakit sewaktu kecilnya. Anak yang demam pun susahnya hati, apatah lagi yang mempunyai penyakit seperti jantung, eczema, jaundis dan sebagainya.
Kuatnya seorang Ibu tidak boleh diungkapkan dengan kata- kata dan idak mampu dizahirkan dengan perbuatan. Hanya seorang ibu yang mampu menyelami perasaan ibu yang lain.
Untuk semua pembaca sekalian, Ibu mohon hargailah ibu, emak, mama, mak atau mommy anda jika anda masih punyainya. Si ibu sanggup berjaga malam demi menampar nyamuk yang menganggu tidur anaknya. Sekarang tanya pada diri sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk hargai jasa ibu kita. Cukup ke tidak? Bahagia ke tidak ibu kita sekarang?

0 Response to "Airmata Fynn Jamal"

Post a Comment