George Town – Seorang anggota polis wanita membuat laporan
polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai
dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A
Thaiveegan, berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis
semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman
sosial sejak beberapa hari lalu.
“Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan
rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah
dirinya,” kata Thaiveegan ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis dengan kerjasama
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.
Polis juga akan menyiasat motif penyebaran
gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman
selepas gambar itu tersebar, lapor Bernama.
0 Response to "Polis wanita buat laporan gambar bogel tersebar"
Post a Comment