Kelebihan Bersetubuh Ketika Hamil

Setelah isteri disahkan mengandung, terutama sekali hamil anak pertama sudah tentu pasangan akan berasa sangat bahagia. Tetapi di dalam keseronokan menanti kehadiran buah cinta mereka, pasangan suami isteri dibelit rasa takut untuk berhubungan intim. Mereka bimbang sekiranya melakukan persetubuhan, ia akan menjejaskan kandungan. Sebenarnya, bersetubuh ketika hamil adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bapa dan juga bayi di dalam kandungan.


1.Sememangnya biasa bagi ibu mengandung mengalami kekejangan serta sakit kepala yang melampau. Puncak nikmat atau klimaks ketika melakukan hubungan intim sebenarnya boleh membantu mengurangkan rasa sakit tersebut.
2.Hormon yang berubah secara drastik membuatkan emosi wanita hamil tidak stabil. Hubungan intim bersama suami mampu menyelesaikan masalah ini sekaligus memperbaiki kesihatan mental isteri.
3.Kajian menunjukkan hubungan intim kala hamil dapat menambahkan bekalan darah ke bahagian rahim dan faraj. Dan ini baik untuk anak di dalam kandungan.
4.Sekiranya pasangan melakukan hubungan intim berhampiran tarikh bersalin, ia boleh melembutkan serviks dan membantu memudahkan proses kelahiran.
5.Hubungan intim ketika mengandung mampu menguatkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri sehingga ada yang mengatakan suami akan jauh lebih mengenali dan memahami isteri secara zahir dan batin.

6.Ia juga membantu tumbesaran janin dan mengelakkan kelahiran pramatang.

0 Response to "Kelebihan Bersetubuh Ketika Hamil"

Post a Comment