10 Petanda Dia Jodoh Kita


Jodoh adalah perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan kita perlu bersyukur di atas kurniaan peneman hidup. Namun bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita??. Allah swt telah mengurniakan kita dengan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Oleh yang demikian, gunakan sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.Lalu hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Jadi betulkah?..oleh itu di sini terdapat petanda yang menunjukkan bahawa dia jodoh kita

Bersahaja
Dalam berkawan atau berkasih orang yang kita suka itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau nampak kurang selesa dengan gayanya, sahlah dia sedang berlakon. Tetapi apabila dia tampil dengan bersahaja dan tidak buat-buat, maka dia adalah calon hidup yang sesuai. Jika tidak, mungkin dia bukan jodoh kita.

Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. 

Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Dia juga tidak mengambil tahu kisah kita dengan siapa sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita miliki hatinya sekarang. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang dilakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat merasainya apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting. Apabila tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin erat hubungan cinta. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi dialah pilihan yang terbaik.

Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih , adakah rahsia kita selamat ditangannya?. Bagi mereka yang mempunyai jodoh, sifat saling percaya-mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

Senang bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal, kita dan dia perlu saling bekerjasama dalam hidup. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukan bersama-sama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada bersama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. ia menyusahkan kan?

Memahami diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya, Semasa kita sakit kita bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dialah penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dialah menjadi pembantu. Dikala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira atau berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang "lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri". Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini dikala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

Tampilkan Kelemahan
Tiada yang sempurna dalam dunia ini. Tipulah jika ada yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut. Pasti dalam kalangan memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak perlu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malahh, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, in shaa Allah kita ditakdirkan hidup bersama.

Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini, juga dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hari dan buatlah pilihan. Serahkan segala-galanya kepada ketentuan yang Maha Kuasa.

Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemua semuanya di tangan Allah swt. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan jalan ceritanya sudah diatur oleh Allah swt. Adakalanya dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supata Allah swt berikan petunjuk, In shaa Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat kekal selamanya.

0 Response to "10 Petanda Dia Jodoh Kita"

Post a Comment