Petua Dapatkan Anak Kembar


Tahun 2014 ni saya dah tekad nak akhiri zaman bujang. Tak kira lah pakwe setuju ke idak, aku paksa ko jugak hahaha! Tak kira lah bajet banyak/sikit mana pun, aku buat jugak asalkan nikah. Haa begitu lah bunyik perempuan yang teringin benor nak kawen sebab teringin sangat nak baby kembar.

Saya begitu meninginkan baby kembar sejak ermmm dah lama tak ingat. Bila tengok anak kembar orang lain, mesti terbayangkan anak kembar sendiri.

Even though saya kurang berkenan dengan kids (but i like babies) tapi saya sayangkan anak saya. Saya inginkan the best for my twins. Hehehe macam confirm je dapat twins kan?. Btw, kita boleh doa.. kalau dimakbulkan, Alhamdulillah.

My schoolmates dulu baru lahirkan twins Sabtu lepas. Dah laa dapat twins satu lelaki, satu perempuan! Alahai syok nye oih...

Orang kata kalau nak twins ni, tengok keturunan gak. Kalau nak ikutkan keturunan saya, nenek saya punya abang/kakak ialah twins (lelaki & perempuan)! And then, generasi selepas diorang which means makcik/pakcik sedara semua belah pihak takde lagi yang twins. Maka, adakah saya yang bertuah itu akan dapat twins?  Cucu yang lahirkan cicit twins? Weehehe berangan gila okay!

And ada lagi satu theory science pulak, kalau nak twins, kena ehem-ehem ikut suggested date. Yang hok ni kena kira betul-betul kitaran perempuan tu and go!

Tapi apa pun sebenarnya rezeki tu dari Allah. Kita merancang, Allah menentukan. Ye tak?

0 Response to "Petua Dapatkan Anak Kembar"

Post a Comment