Foto tunang Amar Baharin yang cun melecun?

Baru sahaja gosip mengenai Amar Baharin yang dikatakan intim dengan Amyra Rosli melanda, kini terdapat sekeping gambar Amar bersama seorang wanita yang tersebar sehingga menimbulkan spekulasi bahawa Amar telah bertunang secara diam-diam.

Sebaik sahaja kami menghubungi Amar untuk mendapatkan penjelasan, Amar dengan tenang menafikan perkara tersebut dan mejelaskan perkara sebenar.

“Kalau ada gambar saya yang menampakkan saya macam bertunang, mungkin ia adalah salah satu babak dalam lakonan atau mungkin juga saya bergambar dengan peminat ketika pergi tengok kawan nikah,” katanya dengan nada bersahaja.

“Tiada apa nak dirahsiakan. Kalau betul saya dah bertunang, takkanlah saya tak beritahu,”
 katanya jujur. Sementara itu, melalui sumber, gambar tersebut didakwa diambil pada tahun 2013 dan jika dilihat secara teliti, terdapat peralatan penggambaran di dalam gambar tersebut.

Mungkin juga ia sebenarnya hanyalah gambar seorang peminat bersama pelakon pujaan mereka. Jangan hampa peminat Amar di luar sana, pelakon ini mengaku masih solo.



0 Response to "Foto tunang Amar Baharin yang cun melecun?"

Post a Comment