Penyanyi Nuha AF2014 akui tidak menyimpan perasaan marah mahupun kecil hati atas teguran peminat terhadapnya.
Nuha atau nama sebenarnya Syamila Nuhair Zainordi berkata isu itu timbul selepas dia memuat naik sekeping foto yang mendedahkan alamat dan nombor telefon peribadi di akaun Instagram (IG) miliknya.
Gadis yang berasal dari Selangor itu ketika dihubungi Astro Gempak berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah disebabkan untuk memenuhi permintaan peminat yang ingin menghantarkan hadiah kepadanya.
“Sebenarnya saya buat begitu hanya untuk memenuhi keinginan peminat yang kerap kali bertanya bagaimana cara untuk hantarkan hadiah dan saya juga tidak mahu menghampakan peminat saya.
“Selepas beberapa minit saya ‘upload’, ramai pula peminat yang marah dan beri nasihat supaya saya padamkan foto tersebut kerana khuatir akan membahayakan saya.
Peminat risau akan keselamatan Nuha selepas dia mendedahkan maklumat peribadi secara terbuka.
“Saya tak marah atau pun kecil hati kepada mereka yang menegur sebaliknya berterima kasih sebab risaukan saya.
“Cuma selepas kejadian itu, saya menerima beribu-ribu ‘whatsapp’ sehingga telefon saya ‘hang’,” katanya ketawa.
Tambah Nuha, kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya supaya lebih berhati-hati di masa akan datang.
“Saya masih baru dalam bidang ini dan perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri. Saya sedar banyak lagi perkara perlu saya belajar untuk berada dalam industri.
“Saya faham ini merupakan antara cabaran bagi saya dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 21 tahun itu juga berterima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya.
0 Response to "Gara-Gara Dedah Maklumat Peribadi, Nuha #AF2014 Dimarahi Peminat"
Post a Comment