PENGAJARAN buat WANITA KISAH Disebalik Pinangan Lelaki Ini Ditolak.Jawapan Dari Perempuan Itu Sangatlah Mengecewakan Anda Apabila Membacanya :'(


Berkenalan sewaktu praktikal bersama. Dari situ gua jatuh hati dengan perwatakan dan gaya dia. Orang kata rupa tu bonuslah. Gua ni kalau suka kat orang susah nak gentleman pergi bagitahu sendiri. Biar jelah minat diam-diam dalam hati je then last-last melepas. Begitulah yang selalu terjadi. Tapi kali ini terasa lain bagaikan ada sesuatu yang telah mendekatkan kami. Yeah, kenal dari mata then turun ke hati. Buatkan hati gua ni berbunga-bunga.

Setelah lama berkawan gua makin sayangkan dia, susah nak cari orang perempuan macam dia, sopan santun, keturunan yang baik, perwatakan yang lembut, senang terima teguran, sentiasa berubah kearah kebaikan dan yang paling penting selalu kejutkan gua solat subuh, tak pernah miss. Situ la gua paling respect kat dia. Kadang-kadang gua yang tido kejap je sebab nak bertanding kejut awal subuh. Kami tak declare pon as a couple just berkawan dengan niat ke arah perhubungan halal dan sentiasa menasihati antara satu sama lain kearah kebaikan.

Bila dah lama kenal gua jadi makin sayang, sentiasa ingin ada disisi dia dan menjaga dia. Niat gua ni ikhlas kerana Allah bukan nafsu semata-mata. Gua ingin menjaga dia dan family dia. Dari situlah gua suarakan niat untuk meminang dia dalam masa terdekat. Di hari birthday dia gua buat suprise dengan call family dia untuk menghantar rombongan meminang.

Tapi niat itu diminta tangguh untuk bagi laluan kepada dia bekerja dulu dan dapat merasa duit sendiri untuk family. Terus gua menjadi hampa dan tanpa disedari gua dingin dengan dia walhal dia tak tahu apa pun tentang niat gua tu. Dia layan gua elok je tapi gua acuh tak acuh dengan dia almaklumlah tengah sentapkan. Hahaha. Tu la satu lagi sikap dia yang buat gua tersentuh. Semua yang gua buat salah hanya disimpan dalam hati dia.
Entah macam mana satu hari tu gua tanpa berfikir panjang pergi unfriend facebook dengan dia, niat nak bergurau-gurau je macam selalu tapi tak berhasil. Dia marah gua kaw-kaw. Masa tu lah meletop semua masalah.

Rupanya baru gua sedar yang dalam sayang gua juga sering memakan hati dia, buat dia sentap dengan gua. Banyak lah salah yang gua buat. Tapi dia diam je. Kali ni baru meletop.
Hari demi hari dia merajuk dengan gua, dia marah sangat dengan gua. Masing-masing ego masa tu semua tak nak mengaku salah.

Dia ckp macam tu, gua cakap macam ni. So takde solution la. Lastly, dia cakap dia dah tawar hati dengan gua dan tak mahu ada komitmen dengan mana-mana lelaki dah, tak mahu fikir soal tunang, kawin, just nak jaga family dia. Gua dengar je lah ape dia cakap. Biasalah perempuan kalau tengah marah kan. Gua biarkan jelah dia, bagi dia masa. Mungkin masa boleh merubah dia menjadi reda. Dalam masa tu gua ada la hantar mesej pujuk tapi dia pulak layan gua dingin. Baru padan muka gua.

Rupanya masa telah merubah segalanya, dia da tak mahu gua pujuk dia lagi dan dia tak mahu gua dah. Gua sabar jelah dan berdoa semoga segalanya dipermudahkan. Gua yakin Allah tolong gua lembutkan hati dia. Hari berlalu hari dan tiada khabar berita, gua umpama zombie pegi kerja dengan hati yang tak tenteram.

Nak dijadikan klimaks, pada suatu hari tengah gua sibuk bekerja, fon buruk gua yang selalu hang ni masuk whatsapp. Perghhhh, pedihnya hanya tuhan yang tahu bila gua telan ayat-ayat yang disampaikan tu. “Salam, orang nak minta maaf. Dah ada orang mai merisik orang dan orang dah terima, tak lama lagi kami nak bertunang.” Allahu, gua jadi kelu, ketar, dan terkontang kanting. Apa harus gua lakukan? Tidak terjawabkah doa gua selama ini? Gua tabahkan hati, gua anggap itu omong kosong aja sekadar nak menyakat gua. Gua istigfar, gua ingat tuhan. Gua percaya setiap perancangannya. Gua tabah, macam tiada apa berlaku dan gua tak menangis okey!

Balik dari kerja lantas gua memulakan risikan. Bertanya kepada kawan rapatnya. Ya, ternyata berita itu benar. Hampa lah gua skali lagi dan luluhnya hati ini bagai dihiris sembilu bisa. Dimana janji-janji dulu yang ingin hidup semati, berkahwin, berkongsi apa yang ada didunia untuk memperoleh akhirat? Dimana kenangan-kenangan kita dulu dan perasaan kasih menghilang? Bagaikan dibadai ombak, sekelip mata nikmat dunia itu hilang begitu saja.

Bila dah tiada baru terkenang, begitulah hari-hari yang mendatang setiap masa teringatkan dia. Semua yang buat tidak kena.

Makan tak lalu, tidur tak lena tapi mandi basah aje. Gua cuba mencari ikhtiar, gua solat taubat, solat hajat, solat istikharah. Lalu terdetik lah dihati gua untuk pergi ke rumah dia untuk bersua muka. Gua buat preparation dengan beli cincin, ngam-ngam ada cincin yang gua berkenan dan size tepat dengan jari gua yang halus mulus ni, agak-agak padan la kot dengan dia. Oleh kerana hati tak tenteram, gua pun minta cuti rehat keesokkannya. Ramai yang mengatakan tak elok gua pergi berseorangan seperti tiada adab. Tapi apakan daya, gua pergi dengan membawa niat yang suci, gua yakin Allah permudahkan urusan gua. Diterima atau tidak ditolak tepi.

Lalu berlalulah gua menerjah highway dengan ditemani lagu-lagu jiwang di corong radio. Sesampai di bandar pasola itu gua hilang arah tuju dan sesat hampir 1 jam. Alhamdulillah Allah tnjuk jalan, tengah-tengah sesat tu terlalu lah jalan yang betul. Sesampai dirumahnya lega kerana pintu terbuka luas. Sampai dipintu rumah kaku gua bila ada ramai orang dalam tu.

Rupanya rombongan dari pihak lelaki tu. Sesudah gua berikan salam lalu bangunlah mereka meninggalkan gua menandakan majlis sudah abis. Sempat gua salaman dengan mereka. Gua dah boleh agak apa yang terjadi. Gua tenang.
Gua salam dengan ayahnya dan duduk disofa smbil memerhatikan suasana sekeliling. Gua lihat dia bersalaman dgn ibu lelaki itu sambil mengangguk anguk menerima. Gua bayangkan indahnya jika itu ibu gua. Allahuakhbar, lalu gua suarakan niat gua datang hari ni. Gua datang untuk kata putus, gua nak tau ape sebenarnya yang berlaku. Bukan niat gua datang untuk buat huru hara untuk sakitkan hati mana-mana pihak. Ibu ayahnya faham.

Lalu gua mulakan bicara dengan bertanya perihal lelaki tersebut, kenapa boleh terima dia sedangkan tidak gua? Apa yang gua sakitkan hati dia sangat smpai semua ni berlaku? Gua lihat dia menjawab dengan tenang dan penuh tutur bicara. Gua tanyakan semua soalan yang bemain di fikiran gua dan dari jawapannya gua tau yang dia betul-betul terima lelaki tu dengan ikhlas.

Setelah semuanya jelas gua pun mulakan bicara ini. Bismillah, bicara ini kerana Allah. Semenjak kita kenal saya dah pasang niat untuk jadikan awak isteri saya. Saya ingin sentiasa berkongsi suka dan duka dengan awak, sentiasa menjaga awak, sentiasa ada disisi awak, menjaga makan minum awak, mengharungi liku-liku hidup dan tua bersama awak. Setelah apa yang saya janjikan dulu untuk jadikan awak isteri saya dan bahagia ke akhir hayat. Hari ini saya datang untuk tunaikan janji-janji saya. Saya datang membawa sebentuk cincin. Jika awak setuju sarunglah cincin ini, jika tidak. Saya redha.

Gugup gua menunggu keputusan darinya. Ternyata jawapannya TIDAK, lalu gua redha. Gua tutup cincin tu dan simpan kembali dalam poket. Alhamdulillah, gua dah tunaikan janji gua dan gua dah dapat jawapannya. Tiada apa lagi yang gua mahukan, hanyalah kemaafan atas segala khilaf gua sepanjang perkenalan kami. Gua dan dia dah kosong-kosong, tiada apa yang perlu didendamkan antara kami mahupun keluarga kerana kami masih lagi berkawan.

Akhir sekali, gua smpaikan pesanan gua yang terakhir agar dia sentiasa menjaga aurat, bekerja kerana Allah, jaga makan minum dan jangan lambatkan solat walaupun sibuk bekerja. Gua smpaikan pesan jua pada lelaki tu supaya menjaga dia dengan baik, cepat-cepat kahwin dan biarlah rezeki yang diperolehi tu berkat untuk mereka nanti.

Akhir perbualan gua, gua salami mereka dan berlalu pergi dengan hati yang tenang.
Nukilan ini khas untuk penjelasan sebenar kepada pembaca-pembaca memandangkan pos gua telah menjadi viral. Tujuanya supaya tiada yang tersalah sangka. Dalam hal ini tiada siapa pon yang salah. Hanya takdir Tuhan yang menentukan segala-galanya. Dialah sebaik-sebaik perancang dan jika jodoh gua dengannya Allah akan dekatkan kami tapi jika dia bukan jodoh gua Allah akan tenangkan jiwa gua dengan ketentuannya. Gua dah pun kosong-kosong dengan dia.

Gua tak mahu lah ada komen-komen yang menyakitkan hati dia, mengata dia perempuan sebegitu sebegini. Jujur dihati gua, dialah perempuan yang terbaik pernah gua jmpa, rugi rasanya gua ni. Tapi tak mengapa, mungkin tiada jodoh kami didunia, mungkin dia mnjadi permaisuri gua di syurga nanti.
Percayalah, Allah itu sebaik-baik perancang. Dia tenteramkan hati gua dengan ketentuan-Nya. Dia tahu isi hati dan jodoh gua. Kalau dia jodoh gua pun, perit sekali diuji ketemu jua kami nanti.

Ingatlah, hanya Allah yang mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Dialah yang memiliki alam semesta ini, kita hanyalah khalifah yang menjalankan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Amalkan niat melakukan sesuatu benda kerana Allah, insyaAllah dipermudahkan.
Allahuakhbar!

0 Response to "PENGAJARAN buat WANITA KISAH Disebalik Pinangan Lelaki Ini Ditolak.Jawapan Dari Perempuan Itu Sangatlah Mengecewakan Anda Apabila Membacanya :'("

Post a Comment