MENYENTUH HATI.. Rakaman Video Seorang Bapa Menyanyikan Lagu Kepada Bayinya Yang Sedang Bertarung Nyawa..


LOS ANGELES: Satu video menyayat hati seorang bapa Chris Picco menyanyikan sebuah lagu dari kumpulan The Beatles bertajuk Blackbird kepada anaknya bernama Lennon James Pico yang lahir pramatang, tetapi dalam keadaan nazak telah menjadi viral di Internet.

Menurut coretan dari video tersebut, Ashley, ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia semasa tidur selepas melahirkan anaknya.

Semasa mengandungkan Lennon, Ashely selalu merasakan Lennon memberi tindak balas kepada Muzik dan Chris meminta sekiranya dia dapat membawa gitar ke dalam bilik NICU untuk memainkan lagu kepada Lennon yang sedang nazak. 

Chris Picco, mengambil sebuah gitar ke wad anaknya dan menyanyikan lagu "Blackbird" kepada anaknya, Lennon, yang sedang bertarung nyawa pada ketika ini. Chris memainkan gitar selama beberapa jam dan sehari selepas merakamkan video ini, Lennon meninggal dunia dipangkuan Chris.

Bayi tersebut lahir pada umur 24 minggu dalam kandungan pada 8 November, tetapi ibunya Ashley meninggal pada hari yang sama.

Video yang memaparkan ayah kepada bayi berkenaan memainkan lagi "Blackbird" kepada anaknya yang berada dalam inkubator telah mendapat lebih dari 4 juta tontonan di Youtube setakat ini. Video tersebut dimuat naik pada 12 November.

0 Response to "MENYENTUH HATI.. Rakaman Video Seorang Bapa Menyanyikan Lagu Kepada Bayinya Yang Sedang Bertarung Nyawa.."

Post a Comment