Adab Suami Ketika Isteri Mengandung Yang Ramai Terlepas Pandang



Adab Suami Ketika Isteri Mengandung Yang Ramai Terlepas Pandang | Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.


ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung

• Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

• Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

• Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

• Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

• Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

• Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. 
suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu. via Nazirahnyerr.


  

0 Response to "Adab Suami Ketika Isteri Mengandung Yang Ramai Terlepas Pandang"

Post a Comment